#title TermaPerkhidmatan
## TRANSLATORS: You can translate the title above too

Dengan menggunakan Laman(-laman) IRC Ubuntu menunjukkan anda membaca dan bersetuju untuk mematuhi polisi dan prosedur [[http://freenode.net/|freenode]] (seperti dinyatakan dalam laman sesawang mereka) dan anda bersetuju untuk mengikuti:

== Undang-undang Saluran ==
 * Dalam mana-mana saluran IRC Ubuntu (ini termasuk sebarang saluran yang bermula dengan #ubuntu, #kubuntu, #xubuntu, #edubuntu, dan #ubuntustudio) [[http://www.ubuntu.com/community/conduct|Code of Conduct Ubuntu]] perlu diikuti setiap masa oleh semua pengguna. Code of Conduct ini merupakan pusat kepada semua aspek Ubuntu dan IRC tidak terkecuali.
 * Anda perlu memeriksa topik dan sebarang mesej kemasukan (yang dihantar sebagai notis oleh Chan``Serv) apabila anda memasuki saluran, ianya akan memberikan maklumat penting terhadap undang-undang spesifik saluran dan kemungkinan penglogan saluran.
 * Di dalam [[IRC/IrcTeam/Scope|Saluran Teras]], [[IRC/Guidelines|Panduan IRC]] merupakan undang-undang utama saluran, ianya perlu diikuti oleh semua pengguna pada setiap masa.

== Penglogan ==
 * Sesetengah saluran IRC dilog secara awam dalam internet, yang mana saluran tersebut akan mempunyai "ubuntulog", dan sesetengahnya mungkin mempunyai bot penglogan luaran.
 * Apabila menyertai saluran yang mana dilog secara awam, Chan``Serv sama ada akan menghantar notis kepada anda apabila anda memasuki saluran yang memaklumkan anda bahawa ianya dilog, atau ianya akan diberitahu melalui topik saluran.
 * Dengan menyertai salah satu daripada saluran ini anda bersetuju yang apa-apa yang anda hantar kepada saluran akan disimpan secara awam atau diproses di http://irclogs.ubuntu.com/, atau laman luaran lain. (Nota: laman-laman ini juga diindeks oleh enjin carian, seperti Google).

## TRANSLATORS: translation ends here, no need to translate the text below.