Aktiviti

Komuniti Ubuntu Malaysia dengan kehadiran Belinda Cruz, Pengurus Bahagian Pendidikan, Canonical telah menghadiri Program Hari Perisian Sumber Terbuka Kementerian Pelajaran Malaysia yang diadakan pada 12 - 13 Oktober 2010 di Kompleks Parcel E, Putrajaya. Program ini menempatkan pelbagai inisiatif OSS yang telah dijalankan di dalam Kementerian Pelajaran Malaysia. Sebagai contoh, Kolej-kolej Matrikulasi telah menggunakan Sistem Pengendali Ubuntu dalam pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Teknologi Maklumat. Disamping itu juga, OpenOffice digunakan untuk menggantikan Microsoft Office, Adober Photoshop digantikan kepada GIMP, 3D Blender menggantikan Adobe Flash dan Kompozer telah menggantikan Dreamweaver. Pertandingan dalam penggunaan OpenOffice juga telah dijalankan dengan menggunakan Ubuntu sebagai Sistem Pengendali telah mendapat liputan yang lengkap dan program ini akan cuba diteruskan pada masa akan datang. Program ini telah dirasmikan oleh YAB TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN B. HAJI MOHD YASSIN

MalaysianTeam/Aktiviti (last edited 2011-05-20 18:10:44 by 175)